HomeUtamaSumbangan Khidmat, Bakti dan Pengorbanan Para Pesara Tetap Akan Dikenang - Jonathan

Sumbangan Khidmat, Bakti dan Pengorbanan Para Pesara Tetap Akan Dikenang – Jonathan

Read Time:1 Minute, 20 Second

RANAU: Segala sumbangan khidmat, bakti dan pengorbanan para pesara sama ada dalam perkhidmatan kerajaan persekutuan, negeri atau swasta dalam aspek pembangunan masyarakat dan negara tetap akan dikenang selamanya.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin berkata, meskipun mereka sudah bersara namun khidmat serta sumbangan mereka terhadap komuniti setempat amat diperlukan dan dihargai.

Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau menerima kunjungan hormat dari lapan orang Jawatankuasa  tertinggi Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Daerah (5PMD) Ranau di Bilik Mesyuarat Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau pada Jumaat. (4 Feb)

Dalam pertemuan itu, Jonathan menyatakan kepada para ahli persatuan itu agar sentiasa memupuk dan mengekalkan perpaduan serta persaudaraan sedia terjalin dikalangan mereka dan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang hayat.

“Para pesara juga boleh mempelbagai aktiviti seperti membantu sekolah melaksanakan bimbingan atau Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang bersesuaian kepada kanak-kanak yang memerlukan disesebuah sekolah”, jelasnya sambil meluluskan RM10 ribu kepada tabung 5PMD untuk menampung kos program atau aktiviti persatuan.

Sementara itu, Pengerusi 5PMD Ranau, Deen Erwan Gunda turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Jonathan kerana sudi meluangkan masa menerima kunjungan hormat yang julungkali diadakan itu.

“Kunjungan ini diharap menjadi landasan mengeratkan pepaduan dikalangan ahli persatuan dengan Datuk Jonathan dan kakitangan Pejabat Parlimen Ranau seluruhnya.

“Saya mewakili Jawatankuasa Tertinggi dan para ahli persatuan merakam penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Jonathan atas sumbangannya kepada tabung persatuan.

“Sumbangan RM10 ribu  itu amat bermakna kepada persatuan  menjayakankan program terutama untuk kami sumbangkan kepada keluarga ahli yang yang meninggal dunia serta sumbangan kebajikan yang lain seperti warga emas dan mereka yang kurang berkemampuan,” jelas Deen.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya