HomeUtamaBersatu Pertahankan Kerajaan GRS Bagi Memenuhi Aspirasi Rakyat - Bung

Bersatu Pertahankan Kerajaan GRS Bagi Memenuhi Aspirasi Rakyat – Bung

Read Time:2 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mampu bertahan jika semua parti gabungan dan wakil rakyatnya dapat berkerja dalam satu pasukan dalam memenuhi aspirasi rakyat di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, walaupun kerajaan sekarang dibentuk dari sembilan buah parti gabungan dan dianggap rapuh, namun jika ada kesepakatan yang padu dikalangan anggota serta wakil rakyatnya tidak ada sebab gabungan ini tidak mampu bertahan.

“Rakyat telah meletakkan kepercayaan serta aspirasi yang tinggi kepada kerajaan yang ada hari ini, justeru kita perlu menghargai kepercayaan tersebut dengan kesungguhan berkerja untuk memajukan Sabah melupakan segala perbezaan demi mencapai kesejahteraan dan kebajkan rakyat” katanya ketika berucap merasmikan program “Retreat Backbenchers” di Kudat Glof and Marina Resort malam tadi.

Hadir sama Pengerusi Kelab Backbenchers Kerajaan GRS Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak ,penceramah jemputan Datuk Md Alwi Che Ahmad serta ahli-ahli dewan negeri GRS.

Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya bagi mewujudkan kerajaan yang stabil ianya menuntut kebersamaan semua pihak dalam menghadapi krisis negara.

“Kebersamaan serta kerja sama ini amat penting untuk menstabilkan negara di saat krisis politik, kesihatan serta situasi ekonomi yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia akibat penularan pandemik Covid-19,” katanya.

Sehubungan dengan itu Bung menambah dalam memenuhi aspirasi rakyat kepada kerajaan pendekatan baharu perlu dilakukan dengan meninggalkan amalan lama, umum tapi tidak komited untuk melaksanakannya.

“Rakyat ketika ini begitu matang berfikir dan menilai tindakan kerajaan dan wakil rakyat, mereka tidak tidak lagi terbuai dengan pengumuman berapa banyak peruntukan untuk melaksanakan projek pembangunan tapi apa yang mereka harapkan umum dan tindakan segera pelaksanaannya,” katanya.

Bung mengakui Sabah terlalu jauh ketinggalan dalam aspek pembangunan insfrastruktur, kesihatan pendidikan dan lain lain, disebabkan itu beliau lantang menyuarakan isu isu serta hak- hak rakyat Sabah terutamanya dalam aspek pembangunan di dewan rakyat untuk diambil perhatian dan tindakan segera kerajaan pusat.

“Dalam sesi perbahasan di dewan rakyat saya memang lantang membawa isu-isu pembangunan di Sabah namun saya terkilan setiap isu yang berhubung kait dengan kepentingan rakyat di Sabah amat jarang ADUN-ADUN Sabah tampil membuat kenyataan menyokong apa yang saya suarakan seolah-olah memberikan gambaran kita tidak bersatu dalam memperjuangkan hak serta kepentingan rakyat di negeri ini,” jelas Bung.

Dalam pada itu Bung yang juga ADUN Lamag mahu setiap anggota ADUN GRS turut mengambil bahagian dalam sesi perbahasan semasa sidang DUN Sabah.

Katanya mereka (ADUN) bukan sahaja berbahas membawa isu-isu di kawasan tapi perlu membawa isu-isu yang lebih relevan dengan kepentingan rakyat dan negeri .

“Kita perlu menjadi (ADUN) yang berilmu pengetahuan berasaskan fakta bagi menangkis provokasi dan propaganda yang dibawa oleh parti lawan kepada kerajaan semasa sidang DUN jika kita biarkan ianya memberikan persepsi yang negatif kepada kerajaan,” katanya.

Sehubungan dengan itu menurut beliau melalui Program Retreat Backbenchers ADUN GRS itu diharapkan akan dapat memberikan sedikit panduan kepada ADUN-ADUN tentang ilmu perbahasan disamping menjadi flatform untuk bertukar-tukar pandangan idea bukan sahaja untuk pembangunan di kawasan masing-masing tapi Sabah secara keseluruhannya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tragedi Lemas di Pantai Bundusan: Dua Mangsa Masih Hilang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular