HomeUtamaCOVID-19 : Kluster Kampung Weston Tercetus Selepas Hadir Majlis Perkahwinan

COVID-19 : Kluster Kampung Weston Tercetus Selepas Hadir Majlis Perkahwinan

Read Time:2 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU : Sabah merekodkan satu kluster baharu melibatkan kluster komuniti yang dilaporkan di daerah Beaufort pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Kampung Weston itu tercetus selepas kes indeks seorang lelaki berusia 66 tahun disahkan positif.

“Kluster Kampung Weston yang dilaporkan pada hari ini berpunca daripada majlis perkahwinan yang dihadiri oleh ahli keluarga yang melibatkan lokaliti Kampung Lubok dan Kampung Menengah, Weston.

“Kes indeks merupakan seorang lelaki berumur 66 tahun telah disahkan positif melalui ujian PCR pada 3 Februari lalu di Klinik Kesihatan Penampang kerana bergejala demam, batuk dan sakit badan sejak 30 Januari lalu,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, hasil saringan kontak rapat, tiga orang kontak serumah di kesan positif dan pesakit pernah menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Lubok dan Kampung Menengah, Weston pada 29 dan 30 Januari lalu.

Katanya, sehingga kini jumlah kes yang berkait dengan kluster ini ialah 27 kes dan 25 kes dilaporkan pada hari ini. Semua pesakit telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya.

Sementara itu, Masidi berkata, kes jangkitan COVID-19 di Sabah pada hari ini melepasi paras 1,000 dengan 1,205 kes baharu dilaporkan hari ini.

Katanya, ini merupakan pertambahan 296 kes berbanding semalam dan naik tiga kali ganda dalam masa tiga hari.

“Empat daerah mencatatkan kes tiga angka iaitu Sandakan 230 kes (+45), Kota Kinabalu 213 kes (+112), Penampang 113 kes (-2) kes dan Tuaran 113 kes (+27).

“Sebanyak 13 daerah mencatatkan kes harian dua angka dengan jumlah yang tinggi dibeberapa daerah.

“Antaranya ialah Papar 84 kes (+48), Kota Marudu 74 (+21), Beaufort 62 (+5), Ranau 55 (+25), Lahad Datu 53 (-4), Tawau 52 (+21) dan Kota Belud 33 (+22). Hanya Kalabakan tidak merekodkan sebarang kes baharu,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, adalah diperhatikan bahawa peratusan kes baharu yang berpunca daripada jangkitan sporadik adalah tinggi iaitu sebanyak 527 kes atau 43.7 peratus hari ini.

Katanya, statistik ini menunjukkan virus itu sudah bertapak dalam komuniti dan akan mengakibatkan kadar jangkitan yang lebih cepat dan meluas.

“Adalah dijangka jumlah kes harian akan terus melambung naik dalam tempoh terdekat.  Sejumlah 1,198 daripada 1,205 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2. Terdapat tiga kes dalam Kategori 3, satu kes dalam Kategori 4 dan tiga kes dalam Kategori 5,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Masidi berkata, Kerajaan Negeri Sabah telah pun memulakan program vaksinasi untuk kanak-kanak yang berusia lima hingga 11 tahun yang bermula pada 3 Februari lalu.

Katanya, seramai 30 orang kanak-kanak menjadi perintis kepada program ini.

“Dua dos suntikan akan diberikan kepada kanak-kanak dengan jarak suntikan lapan minggu.

“Dos suntikan bagi kanak-kanak ialah 10 Mcg iaitu satu pertiga daripada dos suntikan untuk dewasa,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya