Semua Acara Sambutan Ulang Tahun Ke-22 Bandaraya Kota Kinabalu Ditunda Serta-Merta

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:36 Second

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil keputusan untuk menunda semua acara sempena Sambutan Ulang Tahun ke-22 Bandaraya Kota Kinabalu berikutan dengan peningkatan penularan kes COVID-19 di negeri ini.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip berkata, pelbagai acara telah dirancang oleh DBKK untuk dilaksanakan sepanjang bulan Februari sehingga Mac tahun 2022 sempena sambutan Ulang Tahun Ke- 22 Bandaraya.

“Walaubagaimanapun, dengan mengambil kira peningkatan drastik kes positif COVID-19 terkini di kalangan masyarakat, dimaklumkan bahawa semua acara sempena Sambutan Ulang Tahun ke-22 Bandaraya Kota Kinabalu ditunda serta-merta sehingga keadaan kembali reda.

“Langkah ini diambil sebagai pencegahan penularan wabak Covid-19 dan mengutamakan kesejahteraan masyarakat secara umumnya,” kata Noorliza dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *