COVID-19 : Sabah Catat Peningkatan Kes, Dua Kluster Baharu Direkodkan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah terus meningkat dengan pertambahan dua lagi kluster baharu yang dilaporkan hari ini melibatkan kluster tempat kerja dan institusi pendidikan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, dua kluster itu masing-masing dilaporkan di daerah Kunak dan Kota Kinabalu.

“Kluster Giram yang dilaporkan di Kunak melibatkan kes indeks seorang lelaki berusia 37 tahun yang bekerja di Ladang Giram mula bergejala dan menjalani saringan pada 31 Januari lalu dan didapati positif.

“Saringan terhadap kontak sekerja dan kontak keluarga mendapati 19 lagi kes positif. Jumlah kumulatif kluster ini sebanyak 20 kes dan tiga kes baharu dilaporkan hari ini,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, bagi kluster melibatkan institusi pendidikan iaitu Kluster Jalan Pintas Sembulan ia melibatkan sekumpulan pelajar asrama di Sekolah Menengah Maktab Sabah yang terletak dalam mukim Sembulan.

Katanya, kes indeks kluster ini adalah seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang tinggal di asrama sekolah berkenaan.

“Pelajar itu mula bergejala pada 3 Februari dan telah menjalani ujian PCR pada hari yang sama dan didapati positif.

“Kes telah dimasukkan ke PKRC untuk tujuan kuarantin dan rawatan lanjut. Seramai 79 orang kontak rapat telah disaring dan 17 pelajar didapati positif, menjadikan jumlah kumulatif kes positif seramai 18 orang.

“Mereka yang didapati positif adalah dalam kategori bergejala ringan (Kategori 2) dan telah dihantar ke pusat kuarantin dan menerima rawatan yang sesuai,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, kes jangkitan COVID-19 di Sabah hari ini adalah sebanyak 1,60 kes peningkatan sebanyak 315 kes berbanding semalam.

Katanya, bilangan kes baharu di hampir semua daerah juga semakin meningkat dimana terdapat empat daerah dengan kes baharu tiga angka iaitu Kota Kinabalu 371 kes (+62), Sandakan 322 kes (+121), Tuaran 150 kes (kekal) dan Penampang 138 kes (+30).

“Sejumlah 15 daerah mencatatkan kes dua angka,enam daerah mencatatkan kes satu angka dan hanya dua daerah tidak mencatatkan sebarang kes baharu.

“Jumlah kluster aktif seluruh Negeri Sabah ialah 26 kluster termasuk dua kluster baharu yang diisytiharkan hari ini.

“Walau bagaimanapun, hanya enam kluster yang merekodkan kes positif baharu berjumlah 27 kes pada hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, sejumlah 1,587 dari 1,600 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2.

Katanya, terdapat lapan kes dalam Kategori 3, lima kes dalam Kategori 4 dan tiada kes direkodkan dalam Kategori 5.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *