HomeUtamaHajiji Menyaksikan Penyerahan Dividen LIGS Dan Bantuan Banjir SESB

Hajiji Menyaksikan Penyerahan Dividen LIGS Dan Bantuan Banjir SESB

Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan penyerahan dividen daripada Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) sebanyak RM1,317,336.00 kepada Kerajaan Negeri di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini. (7 Feb)

Dividen itu adalah untuk tahun 2020-2021, diserahkan oleh Pengurus Besar LIGS, Sabdil Tanjong kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong dan turut disaksikan oleh Pengerusi LIGS, Edward Linggu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan penyerahan Bantuan Banjir SESB oleh CEO SESB, Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid kepada Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan Negeri turut menyaksikan penyerahan bantuan banjir daripada Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) sebanyak RM100,000.00 kepada Tabung Bencana Negeri Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid menyerahkan sumbangan itu kepada Safar.

Turut hadir ialah Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Awang Shahminan Awang Sahari.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular