HomeUtamaBanjir Sabah :- 559 mangsa banjir Pitas masih berlindung di dua PPS...

Banjir Sabah :- 559 mangsa banjir Pitas masih berlindung di dua PPS pagi ini

Read Time:26 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU: Seramai 559 mangsa banjir melibatkan 183 keluarga masih berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Pitas, setakat pukul 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan memaklumkan dua PPS itu ialah Dewan Kampung Kusilad yang menempatkan 49 mangsa daripada 13 keluarga manakala Dewan Kampung Sinukab menempatkan 510 mangsa daripada 170 keluarga.

Kedua-dua PPS terbabit menempatkan penduduk dari kampung yang masih dinaiki air iaitu Kampung Kusilad, Kampung Desa Seberang, Kampung Kanibongan, Kampung Boribi, dan Kampung Untang-Untang/Mulung Kulung.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya