HomeUtamaPICKids : Ibu Bapa Diseru Daftar Anak Terima Vaksinasi COVID-19

PICKids : Ibu Bapa Diseru Daftar Anak Terima Vaksinasi COVID-19

Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU : Ibu bapa khususnya di negeri ini diseru untuk mendaftarkan anak-anak bagi mendapatkan vaksinasi COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) untuk memastikan tahap kesihatan anak-anak sentiasa terjaga.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, sambutan terhadap vaksin bagi PICKids dilihat masih rendah berbanding kadar pemberian vaksin di seluruh negara.

Katanya, kadar purata harian kanak-kanak yang menerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) menyaksikan purata 50 hingga 60 orang kanak-kanak dalam sehari mengambil vaksin sejak dilancarkan 3 Februari lalu.

“Pada ketika ini kadar penerimaan vaksin PICKids dilihat masih rendah dan ia memerlukan kesedaran ibu bapa supaya datang membawa anak untuk menerima vaksin sama ada secara ‘walk-in’ atau melalui tempahan dalam aplikasi MySejahtera mengikut kesesuaian dan yang mudah untuk ibu bapa.

“Walau bagaimanapun, kita percaya kadar ini akan terus bertambah apabila ibu bapa semakin sedar.  Sama-sama kita meningkatkan kesedaran selain ibu bapa juga boleh terus mengambil dos penggalak ketika membawa anak menerima vaksin dimana suntikan akan terus diberikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas  meninjau pelaksanaan PICKids di HWKKS disini hari ini.

Hadir sama Pengarah HWKKS Dr Marcus Netto.

Shahelmey berkata, pengambilan vaksin penggalak turut dilihat masih rendah direkodkan di negeri ini dimana hanya 18 peratus daripada lebih dua juta individu yang lengkap vaksin di Sabah sudah mengambil dos penggalak.

Katanya, prestasi rendah itu adalah disebabkan ianya bukan keperluan dalam aplikasi MySejahtera yang tidak sama seperti dos pertama dan kedua sebelum ini.

Tambahnya, dos penggalak hanya sebagai pilihan dan ia menyebabkan maklum balas dari masyarakat dilihat masih rendah.

“Bagimanapun, beberapa hari ini kes COVID-19 naik mendadak. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin kata kita mengalami gelombang Omicron, jangkitannya begitu cepat dan ia dibuktikan dengan kenaikan kes yang tinggi,” katanya.

Katanya, meskipun dos penggalak hanya sebagai pilihan tetapi orang ramai perlu memahami sistem pertahanan badan terhadap jangkitan COVID-19 berkurangan selepas beberapa tempoh menerima dua dos lengkap.

Berikutan itu, katanya dos penggalak diperlukan bagi meningkatkan semula sistem pertahanan badan bagi melindungi diri daripada kesan jangkitan teruk berikutan penularan gelombang varian Omicron, ketika ini.

RELATED ARTICLES
Utama

UMS utamakan kebajikan pelajar, sedia bantu Crisnanalina daftar pengajian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular