HomeUtamaPeter Anthony enggan tandatangan notis tangkapan SPRM

Peter Anthony enggan tandatangan notis tangkapan SPRM

Read Time:1 Minute, 23 Second

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony memaklumkan Mahkamah Sesyen di sini, beliau enggan menandatangan notis tangkapan terhadapnya yang diserahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana telah memberikan kerjasama sepanjang siasatan pada 2014.

Peter, 51, ketika prosiding membela diri di hadapan Hakim Azura Alwi hari ini, memberitahu dia tidak bersetuju dengan kesalahan memberi rasuah yang dinyatakan dalam notis tangkapan di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Ketika sesi pertanyaan pihak pembelaan diwakili peguam S Devanandan yang mewakilinya, Peter antara lain menyatakan bahawa pegawai SPRM yang ditemuinya ketika hadir di Pejabat SPRM Sabah pada 12 Mac 2015 hanya menyatakan kes terbabit berkaitan kesalahan memberi rasuah.

Bagaimanapun dia memberitahu mahkamah, pegawai terbabit tidak memberikan jawapan ketika ditanya berkenaan siapa yang memberikan rasuah.

Peter turut memaklumkan mahkamah bahawa pada hari sama dia turut dirakam kenyataan dan sebelah petang pula dimaklumkan akan ditahan di lokap jika tidak membayar wang jaminan RM10,000.

Dia juga menafikan pernah memberikan rasuah kepada mana-mana pihak sebelum ini.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan dokumen palsu iaitu surat Pejabat Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan mendakwa universiti itu telah mengadakan kolaborasi bersama Syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd miliknya.

Dia yang juga Pengarah Urusan Asli Jati didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor (TNC) UMS bertarikh 9 Jun 2014 dengan memasukkan pernyataan palsu dengan niat menipu di pejabat Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun 2014 dan 21 Ogos 2014.

Tertuduh juga berdepan pertuduhan pilihan, iaitu sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati menggunakan surat pejabat TNC UMS bertarikh 9 Jun 2014 dengan pernyataan palsu pada tajuk surat berkenaan pada masa dan tarikh yang sama. – awani

RELATED ARTICLES
Utama

Lebih 5,000 pelajar telah terima manfaat menerusi TPNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular