HomeUtamaPerjanjian NCA belum dimuktamadkan: Peguam Besar Sabah 

Perjanjian NCA belum dimuktamadkan: Peguam Besar Sabah 

Read Time:1 Minute, 35 Second

Kota Kinabalu: Perjanjian Konservasi Alam Semulajadi (NCA) berkaitan perdagangan kredit karbon belum terikat (dimuktamadkan) dan tertakluk kepada usaha wajar (due diligence) yang harus dilaksanakan terlebih dahulu.

Peguam Besar Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof dalam satu kenyataan berkata, kerajaan negeri tidak akan membenarkan mana-mana tanah di Sabah sama ada untuk disewa, dipindah milik atau dicagarkan sebagai syarat perjanjian membabitkan program perniagaan atau penjualan karbon.

Beliau berkata, tujuan perdagangan kredit karbon adalah bagi memperdagangkan aset karbon yang disimpan didalam pokok atau hutan agar hutan dapat dilindungi serta dipulihara.

“Tujuan perjanjian NCA adalah untuk memperdagangkan aset karbon yang terdapat di dalam kawasan hutan simpan yang mana diklasifikasikan sebagai kawasan hutan simpan dilindungi sepenuhnya. Kawasan ini masih belum dikenal pasti, diketahui dan diterokai. 

“Tiada sebarang perjanjian karbon akan dipersetujui atau dilaksanakan tanpa mendapat persetujuan daripada komuniti tempatan yang akan terjejas dengan pelaksanaan perjanjian tersebut. 

“Kerajaan negeri Sabah mempromosikan ‘carbon sovereignty‘ sebagai salah satu polisi utama negeri. 

“Sebarang perjanjian yang bertentangan dengan polisi ‘carbon sovereignty‘ ini tidak akan dibenarkan untuk dilaksanakan atau diteruskan termasuk perjanjian NCA,” katanya.

Dalam pada itu, Nor Asiah berkata, kerajaan negeri menandatangani perjanjian NCA pada Oktober tahun lalu dengan syarat bahawa ia bukan perjanjian muktamad dan bergantung kepada beberapa ketetapan.

Antaranya ia harus dipersetujui oleh Peguam Besar Negeri dan ahli kabinet, semua syarat perjanjian NCA yang tidak adil dan tidak munasabah dipinda serta dihapuskan daripada perjanjian.

Selain itu, antara ketetapan lain dinyatakan dalam perjanjian ini haruslah mendapat kebenaran dan memperolehi kebenaran daripada semua komuniti tempatan yang akan terlibat dengan perjanjian ini di samping kawasan yang dikenal pasti adalah sesuai serta boleh digunakan.

Nor Asiah turut menjelaskan Sabah mempunyai hak ‘carbon sovereignty‘ di samping bakal memulakan membina tenaga dan kepakaran di bawah Suruhanjaya Perubahan Iklim Sabah (SCAC) bagi menguruskan karbon di masa hadapan.

Ini bagi memastikan ia selari dengan piawaian antarabangsa yang diiktiraf, menjaga dan memproses karbon tersebut dengan mengutamakan keadilan, inklusif serta telus.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya