HomeUtamaMajlis Fizikal Di Sabah Dihadkan Dua Jam, Perlu Jalani RTK

Majlis Fizikal Di Sabah Dihadkan Dua Jam, Perlu Jalani RTK

Read Time:49 Second

KOTA KINABALU : Penganjuran majlis secara fizikal di negeri ini akan dihadkan selama dua jam selain kapasiti maksimum satu pertiga ruang premis dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong berkata, penganjuran majlis secara fizikal juga perlu mewajibkan individu yang hadir menjalani Ujian RTK-Antigen air liur atau daripada pengamal perubatan.

“Kerajaan negeri juga menyarankan penganjuran majlis rasmi dan tidak rasmi ditunda bagi mengelak penularan jangkitan COVID-19.

“Bagaimanapun ia boleh diadakan secara dalam talian bagi mengawal jangkitan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi surat arahan yang dikeluarkan bertarikh 9 Februari 2022.

Arahan itu susulan jumlah kes harian COVID-19 di negeri ini mengalami peningkatan mendadak sejak beberapa minggu lalu

Trend laporan kes harian jangkitan COVID-19 sejak lima hari lalu telah melepasi angka 1,000 dan kes positif dijangka terus meningkat jika semua pihak gagal mematuhi SOP.

Semalam, Sabah merekodkan sebanyak 3,333 kes positif baharu COVID-19 namun menurun pada hari ini sebanyak 2,969 kes.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya