COVID-19 : Dua Lagi Kluster Baharu Dilaporkan Di Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU : Dua lagi kluster baharu dilaporkan di Sabah melibatkan institusi pendidikan dan komuniti masing-masing di daerah Kota Belud dan Nabawan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster berkenaan ialah Kluster Pengkalan Abai Kota Belud dan Kluster Loboh Nabawan.

“Kluster Pengkalan Abai yang diisytiharkan di daerah Kota Belud tercetus selepas kes indeks seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Said yang positif selepas membuat saringan bergejala.

“Saringan terhadap kontak rapat yang terdiri daripada guru, rakan sebilik dan rakan sekelas telah mendapati 38 orang lagi telah dijangkiti.

“Secara keseluruhannya, jumlah kumulatif kluster ini ialah 39 kes sehingga hari ini. Semua kes telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya. Kontak rapat tidak bergejala juga telah diberikan perintah kuarantin,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, bagi kluster komuniti iaitu Kluster Loboh Nabawan yang diisytiharkan di Nabawan hari ini berkait-rapat dengan Majlis Penghormatan Terakhir dan Pengkebumian di Kampung Loboh Nabawan pada 1 Februari lalu.

Katanya, kes indeks adalah seorang warganegara, perempuan berusia 59 tahun mula bergejala (demam, batuk, selsema, sakit kepala dan sakit tekak) pada 6 Februari.

“Kes kemudiannya mendapatkan rawatan dan didapati positif setelah menjalani saringan pada 8 Februari di Klinik Kesihatan Nabawan.

“Saringan Kontak Rapat telah dilakukan dan mendapati 16 lagi positif. Semua kes positif telah dikuarantin dan diberi rawatan yang sesuai,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *