HomeUtamaCOVID-19 : Sabah Catat Kes Jangkitan Tertinggi Melebihi Angka 4,000

COVID-19 : Sabah Catat Kes Jangkitan Tertinggi Melebihi Angka 4,000

Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah mencipta rekod baharu apabila mencatatkan jumlah kes tertinggi melepasi paras angka 4,000 dengan 4,107 kes dilaporkan hari ini iaitu pertambahan 746 kes berbanding semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu, sejumlah 4,093 kes atau 99.66 peratus adalah melibatkan kes dalam kategori satu dan dua.

Katanya, sebanyak tiga kes direkodkan dalam kategori tiga, lapan kes dalam kategori empat dan tiga kes dalam kategori lima.

“Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi di Sabah dengan 1,229 kes penambahan 447 kes berbanding sebelumnya.

“Penambahan jumlah yang tinggi ini memang  diduga dengan mengambilkira peratusan kes simptomatik yang tinggi.

“Hari ini sebanyak 681 kes atau 55.4 peratus di Kota Kinabalu adalah daripada kategori simptomatik atau bergejala yang berjangkit secara sporadik,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, kes simptomatik yang tinggi bermakna virus ini sudah berada dalam komuniti secara meluas dan akan mengakibatkan kes baharu terus melambung tinggi dalam masa terdekat.

Katanya, sejumlah 10 daerah mencatatkan kes tiga angka, 14 daerah mencatatkan kes dua angka dan satu daerah mencatatkan kes satu angka manakala hanya daerah Tongod tidak merekodkan sebarang kes baharu hari ini.

“Kes-kes bergejala merupakan kategori penyumbang utama kes-kes baharu di Sabah dengan 2,252 kes atau hampir 55 pertaus daripada keseluruhan jumlah kes.

“Peratusan kes-kes simptomatik atau bergejala adalah amat tinggi di daerah-daerah yang mencatatkan kes tiga angka seperti Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang, Papar dan Lahad Datu,” katanya.

Tambahnya, tempat-tempat itu merupakan kawasan perbandaran yang padat dengan penduduk dan pusat aktiviti sosial dan aktiviti perniagaan.

“Penduduk-penduduk yang tinggal di kawasan ini diminta berhati-hati semasa berada dikhalayak ramai atau semasa menghadiri majlis2 sosial.

“Elakkan berada di tempat-tempat yang sesak. Patuhi semua prosedur standard operasi (SOP,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, tidak ada kluster baharu dicatatkan hari ini, namun sejumlah 90 kes datang daripada 10 kluster yang sedia ada.

Katanya, sehingga kini, terdapat 36 kluster yang masih aktif di seluruh Negeri Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

QSB kukuh kolaborasi dalam pengurusan kesihatan pekerja asing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya