HomeUtamaJemaah Solat Lima Waktu, Solat Jumaat di Masjid Dan Surau Di Sabah...

Jemaah Solat Lima Waktu, Solat Jumaat di Masjid Dan Surau Di Sabah Dihadkan

Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU : Jemaah solat lima waktu dan solat Jumaat membabitkan Masjid Negeri; Masjid Bandaraya; Masjid Bahagian (Tawau dan Sandakan) dan Masjid Daerah dihadkan kepada tidak lebih 150 orang atau satu pertiga luas ruang utama masjid.

Had jumlah jemaah itu selaras dengan prosedur operasi standand (SOP) baharu yang dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) berkuatkuasa semalam.

Pengarah JHEAINS Datuk Saifulzaman Sangul berkata, solat lima waktu dan solat Jumaat di masjid dan surau lain adalah dihadkan tidak lebih 100 orang atau satu pertiga daripada keluasan ruang lantai tertutup masjid dan surau atau mana-mana yang lebih rendah.

Katanya, jemaah juga perlu mematuhi penjarakkan fizikal satu meter dan mewajibkan pemakaian pelitup muka selain jemaah dikehendaki membawa sejadah masing-masing.

“Kebenaran aktiviti solat lima waktu itu mengambil kira Maqasid al-Syar’ieyyah dan situasi indeks kes jangkitan pandemik Covid-19 berada di tahap yang membimbangkan.

“Perkara itu merujuk kepada kenyataan media Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun pada 11 Februari berhubung SOP bagi majlis keagamaan,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Sementara itu, Saifulzaman berkata, sekiranya ada jemaah yang disyaki atau disahkan positif Covid-19, masjid atau surau tersebut perlu melakukan proses sanitasi penuh dan jemaah lain yang hadir pada hari berkenaan perlu melakukan saringan mengikut prosedur Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Garis Panduan itu hendaklah dipatuhi oleh semua anggota masyarakat sama ada Pentadbir Masjid atau Surau, Pegawai Masjid dan ahli kariah.

“Pentadbir Masjid atau Surau, Pegawai Masjid dan ahli kariah adalah dipertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas sebarang perlanggaran terhadap arahan dan tatacara yang ditetapkan ini,” katanya

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya