179 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kudat

Read Time:45 Second

KUDAT: Sebanyak 179 buah rumah dilaporkan musnah dalam kebakaran di Kampung Ayang Laut di sini, semalam.

Kebakaran di perkampungan atas air itu dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum merebak dengan pantas ke kediaman lain berikutan jarak antara rumah di situ yang agak rapat lapor portal free Malaysia Today.

urucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.26 petang.

Katanya, sepasukan 48 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Kota Marudu dan dibantu Persatuan Bomba Sukarela (PBS) dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, kerja pemadaman terus dijalankan dan operasi terkawal pada jam 6.43 petang. Kebakaran membabitkan 179 rumah atas air,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, operasi memadam kebakaran ditamatkan sepenuhnya pada 8.17 malam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pasukan bomba,” katanya. – FMT

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.