HomeIsu tempatanEbit Lew akan didakwa di Mahkamah Tenom pagi ini

Ebit Lew akan didakwa di Mahkamah Tenom pagi ini

Read Time:51 Second

TENOM — Ebit Irawan Ibrahim Lew, 37 atau lebih dikenali Ebit Lew akan didakwa di Mahkamah Tenom pagi ini atas pertuduhan yang disyaki berkaitan kes gangguan seksual.

Memetik laporan RTM, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Abd Jalil Hassan mengesahkan perkara itu kepada mereka hari ini.

“Ya, dia (Ebit) akan dituduh pagi ini di Mahkamah Tenom,” katanya.

Menurutnya, sidang media akan dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom selepas sahaja pertuduhan dilakukan.

Sebelum ini media melaporkan Ebit Lew disiasat pihak polis berkaitan kes gangguan seksual.

Polis membuka kertas siasatan terhadap Ebit Lew susulan menerima laporan daripada beberapa individu mendakwa dia melakukan gangguan seksual.

Susulan itu, polis bertindak membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 19 Ogos lalu, Ebit Lew dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gangguan seksual dikaitkan dengan pendakwah berkenaan.

Bagaimanapun, Ebit Lew ketika ditemui media sebaik selesai memberi keterangan mendakwa dakwaan itu berunsur fitnah kejam ke atas dirinya.

RELATED ARTICLES
Utama

40 peratus hasil Sabah: Pendapat pelbagai versi disifatkan membelakang pimpinan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular