HomeIsu tempatanHubungan Bilateral Malaysia-Perancis Diperkukuh

Hubungan Bilateral Malaysia-Perancis Diperkukuh

Read Time:52 Second

KOTA KINABALU : Hubungan bilateral Perancis – Malaysia dalam pelbagai bidang akan terus diperkukuh.

Duta Perancis ke Malaysia, Roland Galharague berkata, menerusi kerjasama dua hala itu Malaysia khususnya Sabah  berpotensi besar  menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara  dalam pelbagai bidang seperti pertanian, perindustrian dan perkhidmatan.

“Sabah mempunyai potensi yang tinggi terutama dalam bidang selain kepelbagaian budaya dan keharmonian juga menjadikan ianya sebuah negeri yang berpotensi besar.

“Kepelbagaian dan kekayaan alam semulajadi Sabah juga amat penting dan terasa dekat dengan kami kerana pemeliharaan biodiversiti merupakan salah satu aspek yang ditekankan dalam Dasar Luar Perancis” kata beliau.

Galharague ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu disini semalam.

Beliau yang pertama kali tiba di Sabah turut merakamkan penghargaan atas kesudian Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungannya itu.

Menurut beliau, kunjungan tersebut bertujuan  untuk meninjau dan membincangkan peluang kerjasama antara Sabah dan Perancis pada masa akan datang.

Turut hadir ialah  Kedutaan Perancis di Malaysia – Kuala Lumpur, Emmanuelle Mauchand dan Konsul Perancis di Sabah, Laurence Leizeroući.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya