HomeUtamaCOVID-19 : Kluster Institusi Pendidikan Terus Bertambah Di Sabah

COVID-19 : Kluster Institusi Pendidikan Terus Bertambah Di Sabah

Read Time:1 Minute, 52 Second

KOTA KINABALU : Tiga lagi kluster baharu dilaporkan di Sabah menjadikan 41 kluster aktif di seluruh negeri dengan 31 daripadanya melibatkan institusi pendidikan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sehingga kini hanya satu kluster melibatkan institusi pendidikan ditamatkan iaitu Kluster Jalan Kepayan Tambunan.

Katanya, kluster itu melibatkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tambunan yang merupakan kluster institusi pendidikan yang pertama dikesan pada tahun ini.

“Pada hari ini tiga lagi kluster baharu dilaporkan membabitkan institusi pendidikan masing-masing satu di Kota Belud dan dua lagi di daerah Ranau.

“Kluster itu adalah Kluster Batu Enam Kota Belud; Kluster Jalan Sugut Ranay dan Kluster Kemburongoh 2 Ranau,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, Kluster Batu Enam Kota Belud melibatkan pelajar asrama SMK Taun Gusi 2 dimana kes indeks merupakan pelajar perempuan berusia 15 tahun yang didapati positif selepas mendapatkan rawatan di Hospital Kota Belud.

Katanya, kes telah dihantar ke pusat kuarantin dan diberikan rawatan yang sesuai dan saringan terhadap kontak rapat yang terdiri daripada rakan sebilik dan rakan sekelas telah mendapati lebih ramai yang terjangkit menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 19 kes sehingga hari ini.

“Semua kes telah dihantar ke pusat kuarantin dan diberikan rawatan selanjutnya. Kontak rapat tidak bergejala juga telah diberikan perintah kuarantin,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, Kluster Jalan Sugut Ranau diisytiharkan di daerah Ranau hari ini dan melibatkan warga SMK Ulu Sugut.

Katanya, kes indeks adalah seorang guru wanita, 39 tahun, warganegara, dikesan melalui  saringan bergejala pada 7 Februari lalu.

“Saringan terhadap kontak rapat telah mendapati lebih ramai yang didapati positif dan jumlah keseluruhan yang terlibat setakat hari ini ialah 49 kes.

“Semua kes telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya. Kontak rapat tidak bergejala juga telah diberikan perintah kuarantin,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, satu lagi kluster institusi pendidikan di daerah Ranau ialah Kluster Kemburongoh 2 yang melibatkan warga SMK Kemburongoh.

Katanya, kes indeks adalah seorang lelaki, 52 tahun, warganegara dan merupakan seorang pengawal keselamatan di SMK Kemburongoh yang dikesan positif melalui saringan bergejala pada 7 Februari.

“Secara keseluruhannya jumlah kumulatif yang positif ialah 54 kes setakat hari ini setelah saringan dibuat keatas kontak-kontak rapat.

“Semua kes telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya. Kontak rapat tidak bergejala juga telah diberikan perintah kuarantin,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya