HomeUtamaKerajaan GRS Terus Berusaha Bantu Rakyat Ditimpa Musibah

Kerajaan GRS Terus Berusaha Bantu Rakyat Ditimpa Musibah

Read Time:1 Minute, 34 Second

KUDAT : Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus ‘turun padang’ selain akan turut menyalurkan bantuan kepada rakyat pelbagai kaum di negeri ini khususnya mereka yang ditimpa musibah.

Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Seri Ruddy Awah berkata, penyaluran bantuan itu  termasuklah kepada mangsa-mangsa bencana seperti kebakaran mahupun banjir.

“Pada hari ini saya sempat melawat ke Pusat Penemapatan Sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Ayang Laut yang berlaku pada Rabu lalu

“Bagi saya berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, ini adalah satu kesedihan. Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tanjung Kapor saya lihat telah berusaha untuk memastikan semua keperluan mangsa kebakaran dapat dibantu sebaik mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran Kampung Landung Ayang Kudat di Dewan Tun Mustapa disini hari ini.

Hadir sama, Pembantu-Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Julita Mojungki dan Flovia Ng serta Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tanjung Kapor Norliza Datuk Gurahman.

Ruddy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas berkata, sebagai wakil rakyat, beliau akan terus berusaha untuk memastikan keperluan rakyat mencukupi.

“Sebagai wakil rakyat, mungkin saya tidak mampu untuk beri semua, tapi saya berusaha untuk memastikan keperluan rakyat khususnya mangsa-mangsa bencana dapat diberikan.

“Pada hari ini saya juga turut menyampaikan sumbangan bebeberpa keperluan untuk digunakan oleh mangsa-mangsa kebakaran di PPS ini seperti kipas dan lain-lain termasuk sedikit wang tunai.

“Saya yakin dan percaya, ini semua ada hikmah dan saya juga percaya kerajaan pada hari ini dibawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor akan terus mengambil tindakan sebaik mungkin, percayalah rakyat tidak akan dilupakan dan diabaikan,” katanya.

Rabu lalu, sebanyak 179 buah rumah dilaporkan musnah dalam kebakaran di Kampung Landung Ayang Kudat disini.

Kebakaran di perkampungan atas air itu dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum merebak dengan pantas ke kediaman lain berikutan jarak antara rumah di situ yang agak rapat.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah dijangka alami hujan berterusan mulai Sabtu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular