HomeIsu tempatanJahid Serah Sumbangan Bantu Pelajar Sekolah Dikuarantin

Jahid Serah Sumbangan Bantu Pelajar Sekolah Dikuarantin

Read Time:53 Second

TAMPARULI: Sekolah Menengah Advent Sabah (SASS) Tamparuli ditutup selama tujuh hari bagi mencegah penularan COVID-19 di sekolah berkenaan.

Pengetua SASS Tamparuli Alben Rotop berkata, seramai 51 orang pelajar asrama sekolah berkenaan turut diarah menjalani kuarantin kendiri di asrama sekolah itu.

“Atas nasihat dan arahan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bagi mencegah penularan COVID-19, sekolah ini terpaksa ditutup bermula 17 Februari hingga 23 Februari 2022.

“Atas keselamatan pelajar serta kakitangan di sini selain perlu memenuhi keperluan Prosedur Operasi Standard (SOP), kita telah mengarahkan para pelajar untuk menjalani kuarantin kendiri di asrama sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli Datuk Jahid Jahim di kafeteria sekolah berkenaan disini baru-baru ini.

Sumbangan yang diserahkan itu adalah bagi membeli keperluan sekolah yang menempatkan seramai 51 pelajar asrama yang dikuarantin.

Alben berkata, sumbangan ikhlas Jahid itu sangatlah bermakna bagi menampung keperluan pelajar yang tinggal di asrama sekolah tersebut.

Turut hadir Setiausaha Eksekutif MAUM (Malaysia Adventist Union Mission), Pr Nelson G Bendah, dan dua orang tenaga pengajar, Arviana Modoldop, dan Haslina Pantau.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular