HomeUtamaCOVID-19 : 42 Kluster Di Sabah Masih Aktif

COVID-19 : 42 Kluster Di Sabah Masih Aktif

Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 42 kluster di Sabah dilaporkan masih aktif termasuk satu kluster baharu melibatkan institusi pendidikan di daerah Tongod pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster itu adalah Kluster Kuala Tongod melibatkan pelajat di dalam asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tongod.

“Kes indeks bagi kluster ini adalah seorang pelajar lelaki berusia 18 tahun, warganegara dan dikesan melalui saringan bergejala pada 8 Februari lalu.

“Saringan terhadap kontak rapat telah mendapati pertambahan 67 kes dan secara keseluruhan jumlah kumulatif kluster ini ialah 68 kes positif setakat hari ini,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, semua kes telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya manakala kontak rapat tidak bergejala juga telah diberikan perintah kuarantin.

Sementara itu, Masidi berkata, kes jangkitan COVID-19 pada hari ini menurun sebanyak 364 kes berbanding semalam menjadikan angka jangkitan baharu berjumlah 4,406 kes.

Katanya, walau bagaimanapun jumlah kes keseluruhan masih tinggi dan beberapa daerah yang selama ini mencatat jumlah jangkitan yang rendah mula mencatatkan pertambahan kes harian.

Tambahnya, hanya 12 daerah  menunjukkan penurunan kes hari ini.

“Kota Kinabalu kekal dengan catatan kes tertinggi iaitu sebanyak 1,077 kes. Sembilan daerah mencatatkan kes tiga angka iaitu Penampang 515 kes, Papar 451 kes, Tuaran 402 kes, Tawau 211 kes, Keningau 192 kes, Beaufort 182 kes, Ranau 154 kes, Kota Belud 153 kes dan Sandakan 151 kes manakala sebanyak 17 daerah lain mencatatkan kes dua angka.

“Peratusan jangkitan sporadik atau kes bergejala kekal tinggi yakni 62.57 peratus atau 2,757 kes daripada jumlah keseluruhan hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, sejumlah 99.34 peratus atau 4,377 daripada 4,406 kes adalah dalam kategori satu dan dua.

Katanya, terdapat lapan kes dalam kategori tiga, 13 kes dalam kategori empat dan lapan  kes dalam kategori lima.

Dalam perkembangan lain, Masidi berkata, Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) Sabah telah berjaya melaksanakan pemberian vaksin kepada 30,614 kanak-kanak daripada 411,400 kanak2-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun yang layak divaksin.

“Sejumlah 472 kes daripada kes keseluruhan hari ini melibatkan kanak-kanak bawah 11 tahun, dengan 202 kes merupakan kanak-kanak yang belum layak mendapat vaksin (bawah lima tahun),” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Nashraff, Nadirah dinobatkan johan qari dan qariah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya