HomeUtamaCOVID-19 : Daftar Lewat Punca Peningkatan Jumlah Kes Jangkitan Di Sabah

COVID-19 : Daftar Lewat Punca Peningkatan Jumlah Kes Jangkitan Di Sabah

Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 yang didaftarkan lewat (backlogs) menjadi antara punca kepada peningkatan jumlah yang tinggi di negeri ini iaitu sebanyak 4,892 kes yang dilaporkan pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu mencatatkan kes baharu lebih dua kali ganda berbanding jumlah semalam iaitu 1,947 kes baharu dengan peningkatan sebanyak 1,212 kes.

“Adalah diperhatikan bahawa kes-kes lewat daftar (backlogs) mempengaruhi peningkatan jumlah yang tinggi bagi daerah Kota Kinabalu.

“Sejumlah 1,214 daripada 1,947 kes di Kota Kinabalu merupakan kes-kes jangkitan ‘backlogs’ yang berlaku enam hari atau lebih lama tetapi hanya dapat didaftarkan pada hari ini,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, sembilan daerah merekodkan kes tiga angka iaitu Tuaran 425 (+15) kes, Penampang 415 (-101) kes, Papar 290 (-30) kes, Tawau 208 (-130) kes, Kota Belud 207 (+53) kes, Beaufort 194 (+41) kes, Sandakan 192 (-6) kes, Keningau 144 (-11) kes dan Lahad Datu 100 (-29) kes.

Katanya, sebanyak 16 daerah mencatatkan kes dua angka dan Kalabakan menjadi daerah tunggal yang mencatatkan kes satu angka hari ini.

“Walaupun hanya 10 daerah mencatatkan peningkatan kes namun jumlah angka jangkitan baharu di Sabah melambung tinggi akibat jumlah kes di Kota Kinabalu yang berjumlah hampir 2,000 kes (1947 kes).

“Sejumlah 99.53 peratus atau 4,869 dari 4,892 kes adalah dalam kategori satu dan dua. Terdapat lima kes dalam kategori tiga, 13 kes dalan kategori empat dan lima kes dalam kategori lima,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) telah berjaya melaksanakan pemberian vaksin kepada 34,713 kanak-kanak daripada 411,400 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun yang layak untuk divaksin.

Katanya, sejumlah 531 kes pada hari ini adalah melibatkan kanak-kanak bawah 11 tahun yang belum divaksin, dengan 241 kes adalah merupakan kanak-kanak yang belum layak mendapat vaksin (bawah 5 tahun).

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya