HomeUtamaHajiji Terima Kunjungan Pengarah JBPM Sabah Baharu

Hajiji Terima Kunjungan Pengarah JBPM Sabah Baharu

Read Time:44 Second

KOTA KINABALU : Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah yang baharu, Abdul Razak Muda di Menara Kinabalu disini hari ini.

Abdul Razak menggantikan Mohd Ali Ismail yang memegang jawatan baharu sebagai Pengarah Latihan JBPM di Putrajaya.

Hadir sama Timbalan Pengarah JBPM Sabah Farhan Sufyan Borhan.

Pada pertemuan itu, Hajiji telah diberi taklimat mengenai usaha-usaha yang telah dan bakal dilaksanakan oleh JBPM untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka.

“Sesi pertemuan ini memberi ruang untuk kami membincangkan secara terperinci mengenai isu-isu melibatkan pengurusan keselamatan negeri Sabah.

“Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga JBPM Sabah di atas komitmen dan kerjasama berterusan khususnya dalam pengurusan bencana alam dan krisis pandemik COVID-19,” katanya.

Hajiji turut berharap pertemuan ini dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala di antara Kerajaan Negeri Sabah dan JBPM Sabah dalam menjamin keselamatan negeri dan rakyat Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular