HomeLuar negaraKonvoi bawa keluar rakyat Malaysia dari Kyiv selamat tiba di Poland, kata...

Konvoi bawa keluar rakyat Malaysia dari Kyiv selamat tiba di Poland, kata Menteri Luar 

Read Time:56 Second

CYBERJAYA – Konvoi membawa keluar sembilan rakyat Malaysia, dua tanggungan mereka dan seorang warga Singapura dari Kyiv, Ukraine selamat tiba di Poland dan kini menuju ke Warsaw, kata Menteri Luar Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata mereka dijangka pulang ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat.

Alhamdulillah, konvoi yang memindahkan sembilan rakyat Malaysia dan dua tanggungan mereka serta seorang warga Singapura dari Kyiv yang diketuai oleh Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar Malaysia di Ukraine, Fadhilah Daud telah selamat tiba di Korczowa-Krakovets, sempadan Ukraine dengan Poland.

Konvoi tersebut telah disambut oleh dua pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia di Poland.

“Mereka sedang menuju ke Warsaw pada waktu ini dan dijangka pulang ke Kuala Lumpur dalam masa yang terdekat,” katanya di Facebook yang turut memuat naik beberapa keping gambar keadaan di sana.

Semalam, South China Morning Post (SCMP) melaporkan diplomat Malaysia di Ukraine terpaksa bergegas meninggalkan Kyiv melalui laluan darat selepas Kementerian Luar dilaporkan cuai membawa mereka keluar.

SCMP berkata, kumpulan itu terdiri daripada lapan rakyat Malaysia dan dua tanggungan warga asing, menempuh perjalanan sejauh 782 km menuju ke Poland membabitkan empat kereta, susulan bas yang disewa gagal sampai untuk membawa mereka keluar.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular