HomeUtamaCOVID-19: Kes Jangkitan Di Sabah Menurun

COVID-19: Kes Jangkitan Di Sabah Menurun

Read Time:1 Minute, 52 Second

KOTA KINABALU : Sabah merekodkan sedikit penurunan kes jangkitan COVID-19 sebanyak 521 kes berbanding semalam menjadikan kes harian yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 3,735 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, peratusan jangkitan sporadik kekal tinggi iaitu sebanyak 66.45 peratus daripada jumlah kes keseluruhan dan merupakan petanda jumlah kes baharu boleh naik secara mendadak.

Katanya, jangkitan sporadik merupakan jangkitan dalam komuniti yang boleh merebak dengan cepat dan dalam lingkungan lokaliti yang luas.

“Jumlah kes baharu dibeberapa daerah masih dipengaruhi oleh keputusan saringan kes-kes tertunggak yang baru dilaporkan.

“Kota Kinabalu mencatatkan jumlah keputusan tertunggak yang paling tinggi di Sabah dan mengakibatkan jumlah kes harian terus berada pada kadar empat angka sejak beberapa hari.

“Daripada 1,039 kes bagi Kota Kinabalu hari ini, cuma 19 kes yang berlaku sepanjang tempoh 24 jam yang lalu berdaftar dalam statistik kes harian hari ini,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, sebanyak 296 kes adalah kes tertunggak antara dua hingga tiga hari dan 724 kes adalah kes-kes keputusan tertunggak empat hari atau lebih.

Katanya,  ini termasuk 89 kes yang tertunggak melebihi 12 hari.

“Hari ini hanya tujuh daerah mencatatkan peningkatan kes jangkitan baharu manakala 20 daerah lagi mencatatkan penurunan kes harian.

“Kota Kinabalu mengekalkan catatan kes empat angka dengan 1,039 kes (-209). Sembilan daerah lagi mencatatkan kes tiga angka iaitu Putatan 386 kes (+23), Penampang 287 kes (-58), Tuaran 286 kes (-22), Papar 261 kes (-109), Beaufort 214 kes (+88), Tawau 158 kes (-7), Sandakan 156 kes (-1), Keningau 151 kes (+7), Kota Belud 138 kes (-48).

“Sebanyak 17 daerah lagi mencatatkan kes dua angka,”katanya.

Katanya, sejumlah 99.22 peratus atau 3,706 daripada 3,735 kes adalah dalam kategori satu dan dua,  10 kes dalam kategori tiga, 15 kes dalan kategori empat dan empat kes dalam kategori lima.

Sementara iu, Masidi berkata, setakat ini, PICKids Sabah telah berjaya melaksanakan pemberian vaksin kepada 38,647 kanak-kanak daripada 411,400 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun yang layak divaksin.

Katanya, sejumlah 464 kes hari ini melibatkan kanak-kanak bawah umur 11 tahun yang belum divaksin, dengan 216 kes merupakan kanak-kanak yang belum layak mendapat vaksin (bawah umur 5 tahun).

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular