HomePolitikGRS Bakal Didaftarkan

GRS Bakal Didaftarkan

Read Time:1 Minute, 33 Second

KUDAT: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bakal didaftarkan bagi memastikan kerjasama di antara parti-parti yang mendokong kerajaan negeri terus dapat dimantapkan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, perkara itu juga merupakan kemahuan di antara parti-parti gabungan yang berkenaan di negeri ini.

“Insya-Allah GRS akan kita daftarkan, kerana inilah kemahuan parti-parti gabungan ini.

“Kita mesti ada satu gabungan parti yang rasmi, jadi dengan gabungan ini maka akan bertambah mantaplah kerjasama di antara parti-parti yang mendokong kerajaan negeri sekarang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyantuni dan menyerahkan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa kebakaran Kampung Landung Ayang di Dewan Tun Mustapha, disini hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai hasrat Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) yang dipimpin Datuk Peter Anthony untuk menyertai atau menyokong GRS, Hajiji amat mengalu-alukan perkara tersebut.

Bagaimanapun jelasnya, sebarang keputusan mestilah mendapat sokongan dan dokongan daripada parti-parti pemerintah yang sedia ada terlebih dahulu.

“Jadi mengenai hasrat parti yang dipimpin oleh Datuk Peter Anthony untuk menyertai atau menyokong GRS, kita amat mengalu-alukan.

“Inilah tujuan kita untuk satu kestabilan politik di negeri Sabah supaya kita dapat fokus untuk membangunkan negeri Sabah.

“Kita baru sahaja diberi mandat untuk memerintah negeri Sabah dan kita lebih kurang empat tahun lagi jadi usaha kita patut ditumpukan kepada pembangunan, ekonomi dan rakyat kita.

“Jadi, kita mengalu-alukan, tetapi apa pun kita mempunyai gabungan parti-parti lain di mana apa pun kita lakukan atau putuskan, mestilah mendapat sokongan dan dokongan daripada semua rakan-rakan,” katanya lagi.

Peter yang merupakan bekas Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) terdahulu bertindak keluar daripada parti berkenaan pada Disember tahun lalu sebelum menyatakan hasrat menubuhkan parti baharu pro GRS.

Untuk rekod, GRS terbentuk selepas Pilihan Raya Negeri ke-16 (PRN-16) Sabah pada tahun 2020 dengan melibatkan beberapa parti termasuklah gabungan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

RELATED ARTICLES
Utama

Program ‘Education For Us’ mampu perkasa peranan PIBG

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya