HomeUtamaKerajaan Negeri GRS Salur RM2.4 juta Bantu Mangsa Kebakaran Kg Landung Ayang

Kerajaan Negeri GRS Salur RM2.4 juta Bantu Mangsa Kebakaran Kg Landung Ayang

Read Time:1 Minute, 24 Second

KUDAT: Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menyalurkan peruntukan khas berjumlah RM2.4 juta kepada semua pemilik 120 buah rumah yang telah musnah akibat bencana kebakaran di Kampung Landung Ayang, dekat sini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, setiap rumah yang musnah akan menerima RM20,000.00 dalam bentuk bahan binaan untuk membina semula rumah mereka.

“Saya berharap agar bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dihadapi oleh semua mangsa kebakaran.

“Bantuan yang disalurkan ini menunjukkan rasa prihatin dan kebersamaan Kerajaan Negeri dengan rakyat yang ditimpa musibah atau kesusahan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyantuni mangsa kebakaran Kampung Landung Ayang, di sini, hari ini.

Sementara itu, mangsa kebakaran dibenarkan membina semula rumah mereka ditapak sedia ada dengan dikawal selia oleh Lembaga Bandaran Kudat, agar ianya teratur dan berjarak.

Hajiji yang juga mewakili Kerajaan Negeri, merakamkan rasa simpati kepada semua mangsa bencana kebakaran dan berharap agar semua mangsa yang terlibat terus tabah dan sabar dalam menghadapi ujian ini.

“Kerajaan Negeri juga akan turut membantu rakyat yang ditimpa musibah atau kesusahan di semua kawasan di negeri ini, tanpa mengira agama, bangsa mahupun fahaman politik,” ujarnya.

Terdahulu Hajiji menyampaikan sumbangan Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM500 kepada seramai 176 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran kampung tersebut yang ditempatkan di Dewan Tun Mustapha.

Mangsa kebakaran juga menerima set dapur gas daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Mengiringi Hajiji ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong, Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Dato’ Sri Dr.Ruddy Awah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar, ADUN Pintas, Fairuz Renddan dan Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Awang Shahminan Datuk Sahari.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya