HomeUtamaKerajaan Serius Perkasa Modal Insan Bagi Membina Masa Depan Negara

Kerajaan Serius Perkasa Modal Insan Bagi Membina Masa Depan Negara

Read Time:3 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan memandang serius usaha bagi memperkasa modal insan agar sentiasa kompeten, berinovasi, berdaya tahan dan berintegriti dalam membina masa depan negara. 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, antara inisiatif yang akan  dilaksanakan adalah menganjurkan kursus-kursus kemahiran TVET sejajar dengan Revolusi Industri 4.0 dan pembudayaan Internet of Things (IOT).

Katanya, jalinan usaha sama dengan pihak industri dalam bidang kemahiran perlu dipertingkatkan untuk membina kapasiti dan kebolehpasaran modal insan.

“Inisiatif National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) adalah salah satu cara bagi negara untuk mempercepatkan peluang pertumbuhan ekonomi melalui penggunaan teknologi deskriptif seperti kecerdasan buatan (AI), robotik, teknologi dron, teknologi sensor dan infrastruktur 5G dalam misi menyelesaikan permasalahan negara.

“Pada masa yang sama, NTIS dilihat bakal memacu Malaysia ke arah negara berteknologi dan berpendapatan tinggi melalui penyelesaian inovatif, terutamanya dari cetusan solusi dan kepakaran tempatan.

“Untuk mencapai objektif NTIS ini, kita memerlukan penyertaan aktif daripada semua pihak. Usaha gigih daripada pihak Kerajaan sahaja tidak mencukupi untuk melonjakkan Malaysia ke status negara berteknologi canggih dan berpendapatan tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaraan Digital IoT Sandbox dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Bersama Malaysian Research Accelerator For Technology And Innovation (MRANTI) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) disini hari ini.

Yakub berkata, NTIS memerlukan kerjasama daripada pelbagai kementerian atau agensi kerajaan dan swasta juga amat penting untuk mewujudkan ekosistem yang lebih kondusif, dinamik dan mampan dalam menyokong pertumbuhan dan mempercepatkan pengembangan teknologi tinggi

“Selaras dengan visi Kementerian untuk melahirkan generasi, intelek dan inovatif melalui kemajuan sains, ICT dan modal insan berkemahiran tinggi menjelang 2030, pada hari ini kita menyaksikan pelancaran Digital IOT Sandbox yang pertama di Borneo dan Kelapan di Malaysia. 

“Inisiatif ini merupakan hasil kerjasama di antara KSTI, MOSTI, MRANTI, SCENIC dan Sabah Net. Ianya akan menjadi platform di kalangan inovator untuk menghasilkan solusi/produk kepada permasalahan di Sabah yang seterusnya menjadi pemacu kepada pertumbuhan ekonomi dalam apa juga industri.

“Inisiatif ini akan menjadi ‘game changer’ untuk menggalakkan lagi ekosistem STIE dan meningkatkan pengkomersilan hasil inovasi tempatan. Di samping itu, pusat-pusat E-desa pula akan dinaik taraf secara berfasa menjadi Pusat Ekonomi Digital di luar bandar,” katanya.

Sementara itu, Yakub berkata, Digital IoT Sandbox yang terletak di Wisma Bandaraya terbahagi kepada empat ruang iaitu  Showcase Space, Maker Space, Thinking Space dan Pitch Space yang akan memfokuskan kepada lima bidang utama iaitu pertanian, pelancongan, perindustrian, pembangunan Renewable Energy dan pengurusan bandar. 

Katanya, antara impak yang akan diperolehi hasil daripada Digital IoT Sandbox dalam tempoh tiga tahun adalah 20 bukti konsep teknologi terkini melalui 50 aktiviti pembinaan kapasiti melibatkan komuniti, kadar pekerjaan dalam sektor IR4.0  meningkat sebanyak 30 peratus dan menjadi platform kerjasama ekosistem penuh untuk memartabatkan ekonomi Sabah.

“MRANTI merupakan sebuah agensi di bawah MOSTI yang baharu dibina, hasil gabungan Technology Park Malaysia (TPM) dan Malaysia Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) yang bertujuan untuk mempercepatkan pengkomersilan teknologi dan inovasi untuk menjadi yang terbaik di dunia. 

“MRANTI menyediakan platform yang sesuai kepada para komuniti penyelidik dan inavator untuk menjana idea inovasi yang berimpak tinggi. 

“Kerjasama di antara MRANTI dan KSTI akan bertumpukan sokongan pengkomersilan kepada pengamal teknologi tempatan, dan seterusnya menjana peluang ekonomi baharu untuk rakyat Sabah dengan mencipta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular