HomeUtama39,250 Calon Duduki Ujian Bertulis SPM Di Sabah

39,250 Calon Duduki Ujian Bertulis SPM Di Sabah

Read Time:1 Minute, 21 Second

TUARAN : Seramai 39,250 orang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 di negeri ini menduduki ujian bertulis di 315 pusat peperiksaan di seluruh Sabah bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Dr Mistirine Radin berkata, daripada jumlah itu, seramai 35,266 merupakan calon sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan.

“Selain itu, seramai 406 calon adalah dari Sekolah Agensi Kerajaan (MRSM); 227 calon dari sekolah menengah agama negeri; 1,215 calon dari sekolah swasta berdaftar dengan KPM dan seramai 2,136 calon adalah calon persendirian.

“Mulai 2021, peperiksaan SPM terdiri daripada Ujian Bertutur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Ujian Amali Sains dan Ujian Bertulis,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke pusat peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tamparuli, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengetua SMK Tamparuli Mozidah Hamzah.

Dr Mistirine berkata, ujian bertutur, mendengar dan amali diadakan bermula pada 8 Februari hingga 24 Februari lalu, sebelum disusuli ujian bertulis yang bermula hari ini.

Sementara itu, Dr Mistirine berkata, pematuhan prosedur standard operasi (SOP) akan terus dilaksanakan dan dipatuhi oleh semua calon dan petugas yang terlibat sepanjang peperiksaan dijalankan bagi mengelak penularan jangkitan COVID-19 di sekolah.

“Untuk mengelakkan berlaku jangkitan semasa peperiksaan ini, kita akan memastikan pematuhan SOP terus dilaksanakan dan semua pusat peperiksaan juga mempunyai satu bilik khas bagi mengasingkan pelajar yang mempunyai gejala sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

“Bagi calon yang mempunyai gejala atau yang positif COVID-19 dan tidak dapat hadir ke peperiksaan, mereka bileh memohon untuk menghadiri jadual kedua yang dijangka akan dilaksanakan April depan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumikan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya