HomeUtamaSabah Belum Bercadang Ubah Gelaran Ketua Menteri Kepada 'Premier'

Sabah Belum Bercadang Ubah Gelaran Ketua Menteri Kepada ‘Premier’

Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri belum mempunyai cadangan untuk menukar gelaran jawatan Ketua Menteri kepada ‘Premier’ seperti yang dilaksanakan Kerajaan Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, gelaran jawatan yang sedia ada masa ini dilihat cukup untuk digunakan dalam semua urusan pentadbiran Kerajaan Sabah.

“Sabah belum ada cadangan untuk itu, saya ingat, panggilan Ketua Menteri pun setakat ini cukup baik,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Inisiatif Bantuan e-Kasih Dana Caruman I-Suri (BAIDURI) di Dewan Bankuasi Menara Kinabalu disini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sama ada Sabah mempunyai cadangan untuk menukar gelaran jawatan Ketua Menteri kepada ‘Premier’ seperti yang dilaksanakan Kerajaan Sarawak.

Penggunaan gelaran ‘Premier’ di Sarawak telah mula dikuatkuasakan pada hari ini dimana perubahan itu dibuat selepas pindaan Perlembagaan Sarawak yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 15 Februari lalu.

Dalam perkembangan lain, Hajiji berkata, beliau akan meminta Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah untuk mengkaji semula berhubung pengeluaran sijil anak negeri yang dibeku pada 1982.

“Perkara ini nanti kita akan minta KKTP iaitu Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah untuk mengkaji perkara ini seperti yang dipohon oleh mereka.

“Jadi mudah-mudahan ada satu penyelesaian supaya mereka yang layak betul-betul mendapat keistimewaan ataupun dipanggil ‘Sino-Native’.  Jadi ini perlu dikaji dan diperhalusi oleh jabatan yang berkenaan dibawah KKTP,”katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas permintaan sebuah persatuan yang mewakili penduduk Sabah berketurunan Cina dan Kadazan Dusun Murut (KDM) agar Kerajaan Negeri menarik balik penggantungan pengeluaran sijil anak negeri yang telah dilaksanakan sejak 40 tahun lalu.

Penggantungan pengeluaran sijil anak negeri itu juga telah  menyukarkan kehidupan masyarakat Sino-KDM, atau anak negeri Sino.

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya