HomeUtama24 Peserta Felo SMJ Terima Surat Pelantikan

24 Peserta Felo SMJ Terima Surat Pelantikan

Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Seramai 24 peserta program Felo Sabah Maju Jaya (SMJ) menerima surat pelantikan yang disampaikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu di sini pada Rabu.

Mereka merupakan kumpulan pertama graduan yang dipilih untuk program bimbingan dan pembelajaran langsung selama enam bulan di 12 kementerian di negeri ini.

Program tersebut adalah Inisiatif Kementerian Belia dan Sukan Negeri yang akan dijalankan di bawah Inkubator Kepimpinan Belia Sabah (IKEBS). Di bawah program itu, peserta Felo SMJ akan menerima elaun bulanan sepanjang program berlangsung.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan mengumumkan inisiatif Felo SMJ ketika membentangkan Belanjawan 2022 Sabah tahun lalu, sambil menambah ia adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri untuk memperkasakan pembangunan modal insan.

Katanya, program itu merupakan kerjasama pelbagai agensi termasuk Sekretariat Hala Tuju SMJ, Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) serta Majlis Belia Sabah.

Turut hadir TimbalanTimbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datuk Dr Jeffrey Kitingan and Datuk Dr Joachim Gunsalam, Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Ellron Alfred Angin, menteri-menteri kabinet dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular