HomeUtamaJPNS Ambil Langkah Proaktif Hadapi Kemungkinan Bencana

JPNS Ambil Langkah Proaktif Hadapi Kemungkinan Bencana

Read Time:1 Minute, 8 Second

TUARAN : Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) telah mengambil langkah-langkah proaktif di semua peringkat khususnya Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah bagi menghadapi sebarang kemungkinan ekoran cuaca yang tidak menentu sepanjang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sabah

Pengarah JPNS Datuk Dr Mistirine Radin berkata, semua Pegawai Pendidikan Daerah telah diarah untuk mengaktifkan Jawatankuasa Keselamatan Peperiksaan Awam Daerah masing-masing.

Katanya, bilik gerakan SPM JPNS turut dibuka di Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan Tingkat 7 Rumah Persekutuan Kota Kinabalu.

“Semua Pegawai Pendidikan Daerah telah mewujudkan Bilik Gerakan Peperiksaan masing-masing iaitu di antara lainnya bertujuan menyediakan laporan harian peperiksaan khususnya melapor kehadiran calon pada setiap sesi peperiksaan.

“Ini termasuk jika ada Calon Hospital, Calon Tahanan dan sebagainya. Bilik Gerakan Negeri juga akan menghantar laporan kehadiran calon ke Bilik Gerakan Lembaga Peperiksaan KPM selewat-lewatnya jam 4 petang setiap hari peperiksaan menggunakan e-Kehadiran.

“Saya berdoa agar Peperiksaan SPM dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke pusat peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tamparuli, di sini, hari ini.

Dr Mistirine berkata, ibu bapa atau penjaga kepada calon SPM yang terlibat dinasihatkan agar dapat memastikan calon dapat hadir awal ke pusat-pusat peperiksaan.

“Sentiasalah menyemak Jadual Waktu Peperiksaan SPM serta membawa kelengkapan peperiksaan yang secukupnya serta elakkan melakukan salah laku peperiksaan dalam bentuk apa sekalipun,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular