HomeUtamaSESB Umum Pelantikan Mohd Yaakob Jaafar Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Baharu

SESB Umum Pelantikan Mohd Yaakob Jaafar Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Baharu

Read Time:55 Second

KOTA KINABALU : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengumumkan pelantikan Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu bagi menggantikan Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Unit Tenaga Sabah  bermula pada 1 Mac 2022.

Mohd Yaakob memulakan karier bersama SESB sebagai Jurutera Elektrik di Bahagian Penghantaran SESB pada Mei 2004.

Sepanjang tempoh perkhidmatan selama 18 tahun di SESB, beliau berpengalaman luas dalam operasi, senggaraan, perancangan dan pembangunan aset-aset SESB melalui pelbagai jawatan sebagai Ketua Jurutera, Pengurus Besar, dan Pengurus Besar Kanan.

Mohd Yaakob yang merupakan anak jati Sabah berasal dari Bongawan, Papar, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan memiliki sijil Jurutera Elektrik Kompeten 275kV yang diperakui oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia.

Beliau juga amat dikenali dalam sektor kejuruteraan di  Sabah dimana beliau merupakan Naib Pengerusi Institut Jurutera Malaysia (IEM) cawangan Sabah.

Selain itu, Mohd Yaakob juga merupakan Jurutera Profesional berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) dan Profesional Teknologis berdaftar dengan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) serta Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) International Council on Large Electric Systems (CIGRE), Malaysia.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular