HomeUtamaHajiji Menghadiri Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri di Putrajaya

Hajiji Menghadiri Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri di Putrajaya

Read Time:59 Second

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-138 di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya di sini, pada Selasa.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu adalah bertujuan untuk menyelaras pentadbiran antara negeri dan membincangkan isu-isu berbangkit bagi memastikan rakyat sentiasa diberi keutamaan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-138 di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya di sini pada Selasa. - Foto Ihsan JKM
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor (kanan) menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-138 di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya di sini pada Selasa. – Foto Ihsan JKM

Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Sabah juga akan sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan khususnya dari segi pelaksanaan inisiatif-inisiatif untuk mensejahterakan rakyat sekali gus untuk membangunkan negeri ini.

Dalam perkembangan lain, Hajiji akan mengiringi Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang akan diadakan selama dua hari mulai esok di Istana
Negara.

Dalam lawatan kerja ke Kuala Lumpur sejak Isnin, Hajiji turut diwakili Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan untuk menghadiri Mesyuarat Sesi Libat Urus Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) bersama ketua parti di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Hotel Le Meridien, KL Sentral, hari ini.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular