Sektor Promosi Kesihatan JKNS Perhebat Kempen, Hebahan Berkaitan Vaksin COVID-19

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:36 Second

KOTA KINABALU:  Ke arah meningkatkan kadar vaksinasi di negeri ini, Sektor Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah menjalin kerjasama dengan Jabatan Penerangan (JAPEN) Sabah.

Ketua Penolong Pengarah Kanan, Abdul Razak Mohd Noh berkata, pihaknya akan memperhebat kempen serta hebahan berkaitan vaksinasi COVID-19 termasuk dos penggalak serta Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) di seluruh daerah.

Beliau ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah di Wisma Dang Bandang, disini hari ini.

Hadir sama pada kunjungan tersebut ialah Penolong Pengarah Kanan, Ervinna Marie Donny dan Ketua Juruaudio Visual, Suhaili Matli dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, JAPEN Sabah, Azman Sipan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *