Kursus Keusahawanan & ‘Train and Place’ Beri Manfaat 350 Graduan Kelahiran Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Kursus Keusahawanan dan Kursus “Train and Place” yang dianjurkan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bermula Mac ini bakal memberi manfaat kepada kira-kira 350 graduan kelahiran Sabah.

Pengarah Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar UMS(PKPKP), Dr. Soon Singh Bikar Singh berkata, kursus diadakan secara dalam talian di bawah program Penjana KPT@Sabah Fasa 2.

“Kursus yang berlangsung sekitar dua minggu hingga sebulan ini bertujuan meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan dalam mendapatkan peluang pekerjaan terutama dalam tempoh pandemik Covid-19.

“Ia merupakan inisiatif di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, dan dilaksanakan oleh UMS dengan kerjasama Kerajaan Sabah,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Menurut Soon, Kursus Keusahawanan dan Kursus “Train and Place” adalah percuma dan terbuka kepada graduan yang telah menamatkan pengajian mereka pada tahun 2019-2021.

“Komitmen KPT dan Kerajaan Sabah dalam program ini memberi manfaat yang harus diambil oleh para graduan khususnya dalam menentukan laluan kerjaya mereka.

“Ia sekali gus meningkatkan kebolehpasaran dan mengurangkan kadar pengangguran khususnya dalam kalangan belia di negeri ini.

“Bagi kursus Train and Place, UMS akan bekerjasama dengan beberapa agensi seperti seperti Lembaga Pelancongan Sabah, Yayasan Usaha Maju dan Tekun Nasional Sabah bagi penempatan pekerjaan selepas tamat latihan,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *