Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan jari seorang kanak-kanak lelaki tersangkut di dalam rim kenderaan di hospital Kota Marudu semalam. - Foto Ihsan JBPM Sabah

Jari Kanak-kanak Tersangkut Dalam Rim Kenderaan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:48 Second

KOTA MARUDU: Seorang kanak-kanak lelaki cedera selepas jarinya tersangkut di dalam rim kenderaan dalam satu kejadian di Kota Marudu semalam.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.35 petang semalam.

Tiga anggota Bomba dikerah ke tempat kejadian dan mendapati seorang mangsa iaitu kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun tersangkut jari hantu tangan kanannya di dalam rim kenderaan yang tidak digunakan lagi.

Pasukan Bomba bertindak membuka jari seorang kanak-kanak lelaki tersangkut di dalam rim kenderaan di hospital Kota Marudu semalam. - Foto Ihsan JBPM Sabah
Pasukan Bomba berjaya mengeluarkan jari seorang kanak-kanak lelaki tersangkut di dalam rim kenderaan di hospital Kota Marudu semalam. – Foto Ihsan JBPM Sabah

“Mangsa dibawa oleh ahli keluarganya ke hospital Kota Marudu di bahagian wad kecemasan bersama rim kenderaan tersebut kira-kira jam 6 petang pada hari yang sama.

“Pasukan Bomba bertindak dan berjaya memotong serta membuka rim tersebut menggunakan peralatan grinder besi. Seterusnya mangsa diberikan rawatan lanjut oleh pihak Hospital,” katanya.

Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, operasi ditamatkan pada jam 8.50 malam.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *