Bekas Pengarah Jabatan Negeri Ditahan Minta Rasuah Lebih RM1 Juta

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:38 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan bekas pengarah sebuah jabatan kerajaan negeri yang dipercayai meminta dan menerima rasuah lebih RM1.2 juta membabitkan kerja-kerja perkhidmatan daripada dua buah syarikat.

Menurut sumber, lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu ditahan di pejabat SPRM Kota Kinabalu kira-kira jam 10 pagi tadi.

“Lelaki terbabit yang kini berkhidmat dengan sebuah agensi kerajaan lain disyaki menerima habuan itu sebagai balasan memberi projek perkhidmatan penundaan di jabatan tersebut antara tahun 2017 hingga 2018,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

“Kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya.

Katanya, suspek di jangka dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu dalam masa yang terdekat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *