COVID-19 : Fasa Peralihan Ke Endemik Bermula 1 April

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU : Malaysia akan memasuki fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 yang merupakan ‘exit strategy’ bagi membolehkan semua kembali kepada kehidupan yang normal selepas berdepan COVID-19.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu diambil selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk penilaian risiko, mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta meneliti syor daripada menteri kuartet.

“Bermula 1 April 2022 dalam fasa peralihan ke endemk, pemakki pelitp muka itempmpat awam masih wajib dipatuhi oleh setiap individu.

“Had waktu bagi premis perniagaan dimansuhkan. Premis boleh melaksanakan waktu operasi premis masing-masing mengikut syarat lesen operasi premis. 

“Ini bermakna rakyat boleh makan di kedai makan selepas jam 12 tengah malam, terutamanya dengan bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi. Bolehlah bersahur diluar,” katanya dalam sudang media khas di Parlimen disini hari ini.

Ismail berkata, fasa ini juga merupakan fasa sementara sebelum negara beralih ke fasa  endemik yang mana ia tertakluk kepada pengumuman yang hanya boleh dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Katanya, pendaftaran kemasukan menggunakan MySejahtera masih diwajibkan dan hanya dikecualikan untuk kawasan terbuka, tidak sesak dan tiada perhimpunan orang ramai.

“Tambahan juga, MYSJTrace diwajibkan untuk tempat tertutup yang dipenuhi tetamu/pengunjung.

“Aktiviti solat Jemaah di masjid atau surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.

“Walaubagaimanapun, pelaksanaan dan SOP akhir untuk masjid atau surau tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri dan untuk Rumah Ibadat Selain Islam tertakluk kepada Kementerian Perpaduan Malaysia/Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR),” katanya.

Sementara itu, Ismail berkata, keperluan vaksinasi bagi had kapasiti pekerja yang sebelum ini bergantung kepada liputan vaksinasi adalah dimansuhkan.

Katanya, semua individu dibenarkan merentas negeri tanpa mengira status vaksinasi mereka.

“Sebelum ini, terdapat had kapasiti 50 peratus untuk aktiviti yang melibatkan perkumpulan ramai. Dengan pengumuman peralihan ke endemik, had tersebut akan dimansuhkan secara menyeluruh.

“Tiada lagi had kapasiti 50 peratus. Namun, penjarakan fizikal sangat penting dan masih digalakkan,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *