HomeIsu tempatanPasukan Bahas Guru Sabah Layak Ke Pertandingan Bahas Guru Kebangsaan

Pasukan Bahas Guru Sabah Layak Ke Pertandingan Bahas Guru Kebangsaan

Read Time:1 Minute, 55 Second

KOTA KINABALU: Pasukan Bahas Guru Sabah berjaya melayakkan diri ke Pertandingan Bahas Guru Kebangsaan yang akan berlangsung pada 27-29 Mac ini di Terengganu.

Jurulatih Pasukan Bahas Sabah Dexter Silam berkata, acara pertandingan merangkumi tiga pusingan perlawanan berlangsung yang menemukan Sabah dengan Negeri Terengganu, Perlis dan Kedah. Sabah yang bertindak sebagai pasukan Pembangkang untuk kesemua pusingan berjaya menewaskan ketiga-tiga negeri tersebut dan muncul sebagai juara kumpulan.

” Bersama dengan pasukan Sabah yang akan beraksi di peringkat separuh akhir dan akhir nanti negeri Selangor, Kelantan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

“Pertandingan Bahas Guru Kebangsaan Piala Yayasan Guru Malaysia Berhad Peringkat Kebangsaan 2022 pusingan awal telah berlangsung dari 8-11 Mac 2022 secara dalam talian,” katanya.

Menurut Dexter, acara pertandingan bahas ini diadakan setiap tahun bermula tahun lalu yang menempatkan Sabah di tangga ke-3 pada peringkat kebangsaan pada tahun 2021.

“Objektif acara ini diadakan antaranya meningkatkan daya kreativiti dan inovasi pendidik dalam pendidikan negara, memperkasa ketersediaan pendidik dalam mendepani cabaran masa depan, menggalakkan pendidik menerokai amalan norma baharu dalam sistem pendidikan, melahirkan pendidik berkemahiran tinggi ke arah melahirkan generasi berkemahiran, berbudaya tinggi dan prihatin serta melahirkan pendidik yang menjadi suri tauladan berpaksikan modal insan serta modal sosial.

“Secara rasional penguasaan berbahas golongan pendidik sudah diakui oleh pelbagai pihak, kemahiran berhujah secara spontan yang diutamakan melalui format bahas terbuka sesuai dan tepat dalam usaha kerajaan untuk melahirkan pendidik yang berwibawa selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan Falsafah Pendidikan Malaysia (FPN),” jelasnya.

Pembahas Sabah terdiri daripada Mohd. Redzwan Abdul Majid (Sk Kg. Suan Lamba, Kinabatangan), Kamarudin Ismail (SMK Desa Kencana, Lahad Datu), Abd. Wahab Abd. Hamid (Sek Agama Suria, Tuaran), Nirwana Sudirman (Kolej Vokasional Lahad Datu) dan Avralinetine Epin (Sk Pekan Pitas II, Pitas).

Manakala Jurulatih Pasukan Bahas Sabah Dexter Silam dan Jamilah Ahmad.

“Dalam usul “Konsep Keluarga Malaysia Pemacu Kecemerlangan Pendidikan Tanpa Sempadan,” Pasukan Sabah (Pembangkang) berjaya mematahkan hujah dari pasukan Terengganu seterusnya menang dalam pusingan pertama manakala pusingan kedua dalam usul “Polisi Keselamatan Siber Mekanisme Terbaik Menangani Kebejatan Sosial”, Sabah (Pembangkang) juga menang menentang pasukan Perlis, seterusnya pusingan ketiga Sabah (Pembangkang) meraih kemenangan menentang pasukan Kedah dalam usul “Polisi Keselamatan Siber Kita Masih Belum Selamat”.

“Pembahas Terbaik bagi pertandingan pusingan pertama dan kedua iaitu Mohd Redzwan Abdul Majid dari Sabah manakala pusingan ketiga dirangkul oleh pembahas dari Kedah, Khairul,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

KKFVA, STB capai persetujuan jalin kerjasama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular