HomePolitikHajiji Rakam Penghargaan Atas Kemenangan BN Di PRN Johor

Hajiji Rakam Penghargaan Atas Kemenangan BN Di PRN Johor

Read Time:42 Second

KOTA KINABALU :  Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah Datuk Seri Hajiji Noor merakamkan penghargaan kepada Barisan Nasional (BN) selepas berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam.

Katanya, keputusan yang dipilih dan dibuat oleh rakyat pada PRN Johor itu semalam mesti dihormati.

“Johor rakyatnya telah pun membuat keputusan. Keputusan itu mesti dihormati.

“Kita ucapkan tahniah kepada BN di Johor yang telah memenangi PRN ini,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) disini hari ini.

Hajiji berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai PRN Johor yang berakhir semalam dimana BN berjaya memperoleh kejayaan majoriti dua pertiga selepas keputusan penuh PRN Johor diumumkan tengah malam tadi.

BN berjaya menawan 40 daripada 56 kerusi DUN Johor.

Ketika ditanya sama ada memberi kesan kepada Sabah tentang keputusan itu, Hajiji menjawab ringkas ‘lain padang lain belalang’.

RELATED ARTICLES
Utama

Nahas Helikopter TLDM : DUN Sabah bertafakur seminit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya