HomeIsu tempatanSMK Kundasang Dijangka Siap Menjelang 2024

SMK Kundasang Dijangka Siap Menjelang 2024

Read Time:1 Minute, 3 Second

KUNDASANG: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kundasang yang baharu dibina di Kampung Mesilau di sini dijangka akan siap sepenuhnya pada 2024.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata, sekolah itu dibina ditapak seluas lebih kurang 20 ekar di kampung berkenaan.

“Bagi pihak Kerajan Negeri dan juga penduduk disini, saya merakamkan penghargaan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan menerusi Kementeri Pendidikan Malaysia (KPM) atas peruntukan bagi membina sekolah baharu disini.

“Sudah pasti penduduk di sini gembira dimana mereka sudah menunggu hampir 20 tahun untuk permohonan sekolah baharu ini,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke tapak baharu sekolah itu disini hari ini.

Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang berkata, pembinaan sekolah itu tertangguh berikutan penularan pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu.

Katanya, pada ketika ini,  kerja-kerja pembinaan pentadbiran dan kelas sedang dijalankan.

“Sekolah asal sebelum ini terdedah kepada bahaya dimana struktur tanah berubah dan bangunan sekolah berkenaan telah pun ditutup.

“Berikutan itu, sekolah ini kini menumpang sementara di SMK Agama Ranau dan apabila sekolah ini siap nanti, ia akan mampu menempatkan sejumlah 1,000 pelajar dan guru,”katanya.

Katanya, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) akan membantu membaiki infrastruktur jalan raya ke sekolah berkenaan.

Jarak di antara sekolah baharu berkenaan dari pekan Kundasang ialah 20 kilometer.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya