HomeUtamaDUN Sabah : Tiga RUU Bakal Dibentangkan

DUN Sabah : Tiga RUU Bakal Dibentangkan

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU : Tiga Rang Undang-Undang (RUU) bakal dibentangkan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 yang bermula Rabu ini.

Speaker DUN Sabah Datuk Kadzim M Yahya berkata, antara RUU yang bakal dibentangkan adalah membabitkan sisa pepejal.

Katanya, istiadat pembukaan penggal ketiga DUN Sabah dijangka akan disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahirudin pada Rabu ini manakala sesi perbahasan akan berlangsung pada 21 hingga 24 Mac ini.

“Sidang dewan pada kali ini perasmian adalah pada Rabu 16 Mac dan perbahasan bermula 21 hingga 24 Mac.  Setakat ini ada tiga RUU akan dibentangkan.

“RUU yang dijangka dibentangkan adalah RUU mengenai sisa pepejal dan satu lagi dari Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah tapi itu consiquential pindaan dan ada lagi satu RUU turut dibentangkan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri raptai istiadat pembukaan penggal ketiga DUN Sabah disini hari ini.

Sementara itu, Kadzim berkata, pihaknya masih mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat sepanjang sidang DUN berjalan.

“SOP masih agak ketat juga,  semasa perasmian hanya para jemputan yang diundang untuk  menghadiri acara pembukaan akan dibenarkan untuk berada di dalam dewan sidang tetapi pada hari-hari perbahasan kita masih tutup kepada orang ramai.

“Hanya ahli-ahli Yang Berhormat saja dalam dewan untuk menghadiri sidang dewan.  Mereka yang bertugas ataupun Yang Berhormat dimestikan melaksanakan ujian calitan COVID-19,”katanya.

Katanya, selain itu mereka yang hadir juga perlu lengkap dengan vaksinasi termasuk dos penggalak.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular