HomeUtamaMaritim Malaysia Bantu Selamatkan Kru Kapal Rig Sapura

Maritim Malaysia Bantu Selamatkan Kru Kapal Rig Sapura

Read Time:50 Second

LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Zon Maritim Labuan telah melaksanakan satu bantuan pemindahan kecemasan (MEDEVAC) di perairan Labuan, disini  semalam.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata,  Pusat Operasi Zon Maritim Labuan telah menerima panggilan daripada ejen kapal Rig Sapura Pelaut pada jam 11.35 malam bagi tujuan pemindahan kecemasan seorang pesakit.

“Pusat Operasi Zon Maritim Labuan telah menerima panggilan daripada ejen kapal Rig Sapura Pelaut memaklumkan seorang kru kapal tersebut memerlukan bantuan pemindahan kecemasan ke darat untuk menerima rawatan akibat dari apendiks.

“Bot Kilat 40 telah memberikan bantuan kecemasan bagi memindahkan pesakit berkenaan daripada kapal yang sedang bersauh seterusnya dibawa ke Jeti Zon Maritim Labuan dan diserahkan kepada petugas kesihatan yang telah sedia menunggu di jeti,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Nudin berkata,  sebarang kecemasan di laut, boleh terus disalurkan melalui talian 999 atau hotline Maritim Malaysia di talian 03-89434001 ataupun Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999 atau melalui aplikasi whatsapp di talian 013- 2558539.

RELATED ARTICLES
Utama

SMK Lok Yuk & SK Sembulan juara Seni Warisan Juara Limbai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular