HomeIsu tempatanAdelinah Wanita Sabah Sertai Pendakian Gunung Everest

Adelinah Wanita Sabah Sertai Pendakian Gunung Everest

Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Atlet marathon jarak jauh Sabah Adelinah Lintanga,37, menjadi wanita pertama negeri ini yang akan menyertai pendakian gunung Everest pada April depan.

Pengurus Besar Hospital KPJ Sabah Mohamad Faizal Mohamed berkata, pihaknya turut memberikan sumbangan berupa pemeriksaan perubatan termasuklah  komprehensif screening sebelum dan selepas pendakian. 

“Sumbangan ini merupakan pemeriksaan penuh perubatan dan komprehensif screening sebelum pendakian, dan setelah pulang nanti kita akan membuat sekali lagi pemeriksaan menyeluruh bagi mengakses kondisi kesihatannya.   

“Selain itu, kita juga akan menyumbangkan sedikit kelengkapan yang dicadangkan oleh doktor untuk di bawa bersama antaranya  polar frost muscle reliever, heliocare sunblock dan Fucidin antibacterial crea,” katanya ketika ditemui disini semalam.

Mohamad Faizal berkata, pihaknya berharap Adelinah beserta pasukannya berjaya menawan Gunung Everest dan mengharumkan nama negara.

Adelinah berasal dari Kota Belud merupakan atlet marathon jarak jauh yang akan menjayakan pendakaian itu bersama empat lagi yang terpilih mewakili Malaysia iaitu Ravichandran Tharumalingam, Elanghovan Natchimuthu, Yow Kai Kim dan Fazzilah.

Ekspedisi Keluarga Malaysia itu dianjurkan oleh My Pro Wrestling Sdn Bhd (MYPW) yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan ekspedisi tersebut akan berakhir pada June tahun ini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular