HomeIsu tempatanSam Mannan Dilantik Profesor Adjung FPT UMS

Sam Mannan Dilantik Profesor Adjung FPT UMS

Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Mantan Ketua Konservator Hutan Sabah, Datuk Sam Mannan menerima pelantikan sebagai Profesor Adjung di Fakulti Perhutanan Tropika (FPT), Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Penyampaian surat lantikan disempurnakan Pendaftar UMS,  Luqman Ridha, di sini baru-baru ini dan turut disaksikan Dekan FPT UMS, Prof. Madya Dr. Normah Awang Besar @Raffie, dan Pemegang Kursi Perhutanan Datuk Kelvin Tan Aik Pen UMS, Prof. Madya Dr Berhaman Ahmad.

Menurut Normah, pelantikan itu memberi manfaat besar untuk mengangkat fakulti dan UMS ke tahap lebih tinggi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Sebagai mantan Ketua Pemulihara Hutan Sabah (Chief Conservator Forest),  Sam Mannan merupakan seorang yang cukup berpengalaman dalam bidang perhutanan selain mempunyai jaringan hubungan luar yang luas.

“FPT berasa sangat bertuah dan menyambut baik kehadiran beliau. Saya ucapkan selamat datang dan selamat menjadi warga Fakulti Perhutanan Tropika UMS,” katanya dalam kenyataan disini kelmarin.

Sementara itu, Sam Mannan dalam acara itu turut merakamkan ucapan terima kasih atas lantikan tersebut. 

“Dengan pengalaman yang ada, saya berhasrat untuk bersama-sama dengan kepimpinan universiti dan fakulti membawa FPT terus maju ke hadapan khususnya dalam bidang perhutanan.

“Saya sangat menggalakkan kakitangan akademik terus menambah ilmu dan pengalaman melalui penyertaan latihan-latihan  di peringkat antarabangsa, contohnya seperti di New Zealand,” katanya.

Untuk rekod, Sam Mannan dilantik Profesor Adjung di FPT UMS selama dua tahun berkuat kuasa 14 Mac lalu.

Sebagai Profesor Adjung, beliau antara lain dikehendaki menyampaikan syarahan umum dalam bidang perhutanan, menjadi penasihat akademik kepada ahli akademik fakulti, mentor dalam bidang penyelidikan dan konsultansi, membantu mengeratkan hubungan UMS dengan organisasi luar serta membantu untuk mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) fakulti.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya