HomeSukanKassim Dilantik Penasihat Kejohanan Piala Sabah 2022

Kassim Dilantik Penasihat Kejohanan Piala Sabah 2022

Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU : Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri, Datuk Kassim Razali dilantik sebagai penasihat Kejohanan Piala Sabah 2022 bagi merebut piala sumbangan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Azman Mastar mengumumkan perlantikan itu di sini, semalam.

Katanya, jawatankuasa itu merakamkan penghargaan kepada Kassim kerana sudi menerima pelantikannya sebagai penasihat kejohanan berkenaan.

Grand final kejohanan itu akan berlangsung di Kota Kinabalu pada 23 hingga27 Mac ini membabitkan lapan zon dari seluruh negeri terdiri dari Pantai Barat Utara, Pantai Barat Timur, Pantai Barat, Pantai Barat Selatan, Pantai Timur Utara, Zon Tengah, Pedalaman Atas dan Pantai Timur Selatan.

Azman yang juga Penolong Setiausaha Agung SAFA, berkata kejohanan Piala Sabah peringkat zon sedang berlangung untuk memilih pasukan yang akan mewakili zon masing-masing nanti.

“Pertandingan di peringkat zon ketika ini berjalan lancar dan pihak jawatankuasa induk pertandingan sentiasa melakukan pemantauan di setiap zon agar ia dapat diadakan dengan jayanya,” katanya.

Katanya, perlawanan akhir Piala Sabah akan berlangsung di Stadium Likas di sini pada 27 Mac ini.

Menurutnya, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor sendiri dijangka akan melakukan upacara penutupan kejohanan itu selain akan turut dihadiri Presiden SAFA, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ahli Majlis Tertinggi SAFA.

Beliau menambah, Piala Sabah merupakan kejohanan terbesar kedua dianjurkan SAFA selepas kejayaan Kejohanan Piala BMR B18 tahun akhir tahun lalu.

“SAFA juga merancang untuk menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Antara Kelab dan Piala SAFA tahun ini,” kata Azman.

Beliau berharap kedua-dua kejohanan berkenaan akan dapat direalisasikan sekiranya tidak menghadapi sebarang kekangan.

RELATED ARTICLES
Sukan

Pasukan futsal lelaki Sabah sasar juara pada Sukan MAKSAK 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya