HomeIsu tempatanCubaan Seludup Minyak Petrol Dipatahkan

Cubaan Seludup Minyak Petrol Dipatahkan

Read Time:1 Minute, 24 Second

SEMPORNA : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Semporna berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar minyak petrol di perairan Tenggara Pulau Si Amil Semporna disini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, dua buah bot laju dipercayai membawa tong-tong berisi minyak petrol dengan anggaran sebanyak 3,500 liter untuk diseludup keluar ke negara jiran.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata, semasa rondaan, bot ronda telah mengesan bot enjin sangkut bernombor pendaftaran SA6289/5/C berwarna biru dan bot enjin sangkut bernombor pendaftaran SA4991/5/C berwarna Kelabu/Biru di lokasi sekitar perairan Tenggara Pulau Si Amil, Semporna .

Katanya, ketika dirapati, tekong bot telah bertindak mengemudi bot berkenaan ke kawasan lebih cetek dan bertindak terjun melarikan diri ke daratan berhampiran.

“Pemeriksaan ke atas bot menemui tong-tong berisi minyak petrol dengan anggaran sebanyak 3500 liter dan dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran.

“Nilai rampasan termasuk dua buah bot beserta enjin bernilai lebih kurang RM 35,675 keseluruhannya dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan disini semalam.

Norrimi berkata, siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengesan pemilik bot serta dalang di sebalik kegiatan ini.

Katanya, jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.

“Zon Maritim Semporna akan terus memperkasakan rondaan dan penguatkuasaan di sekitar kawasan ‘hot spot’ terutamanya sekitar sempadan perairan negara bagi membanteras aktiviti penyeludupan dan kemasukan PATI ke negeri Sabah melalui jalan laut.

“Maritim Malaysia menyeru kepada mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan atau lain-lain kegiatan jenayah maritim untuk menyalurkannya ke Pusat Operasi Zon Maritim Semporna di talian 089-782619 atau MERS 999,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya