HomeUtamaSESB Tingkat Usaha Tangani Gangguan Bekalan Elektrik

SESB Tingkat Usaha Tangani Gangguan Bekalan Elektrik

Read Time:2 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU:  Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memberi jaminan akan terus komited dengan pelbagai usaha yang telah dan akan dilaksanakan bagi menangani masalah gangguan bekalan elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata, Indeks Purata Tempoh Gangguan Bekalan Elektrik (SAIDI) bagi negeri ini dan Labuan pada tahun lalu adalah 332 minit setahun bagi setiap pelanggan.

“Berdasarkan kepada rekod, 35 peratus daripada jumlah gangguan pada tahap voltan sederhana 11kV adalah di sebabkan oleh dahan pokok menyentuh konduktor elektrik atau pokok menghempap talian.

“Selain itu, sebanyak 16 pertaus disebabkan oleh pencerobohan masuk oleh haiwan dan 11 peratus berpunca daripada cuaca buruk khususnya semasa ribut, hujan atau kilat berlaku” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Mohd Yaakob turut menegaskan bahawa penyambungan bekalan elektrik secara haram yang menyumbang 25 peratus daripada jumlah gangguan juga dikenalpasti sebagai punca utama kepada gangguan bekalan elektrik sistem voltan rendah dan boleh mengundang masalah litar pintas termasuklah kes renjatan elektrik.

Katanya, sehingga tahun lalu, hampir 49 peratus rangkaian talian elektrik voltan sederhana 11kV ke pencawang-pencawang pembahagian di seluruh Sabah masih menggunakan konduktor elektrik dari jenis yang tidak bertebat.

“Oleh kerana keadaan fizikal konduktor tersebut yang terdedah (tidak bertebat), ianya sangat sensitif apabila bersentuhan dengan dahan-dahan pokok atau pokok yang tumbang di atas talian dan keadaan ini lebih teruk ketika cuaca buruk khususnya semasa rebut, hujan, atau kilat.

“Di samping itu, terdapat juga kes gangguan bekalan berlaku apabila haiwan seperti tupai, tikus, monyet dan ular yang menceroboh masuk ke dalam zon voltan sederhana ini bersentuhan dengan konduktor dan besi pada tiang secara serentak, yang akan menyebabkan litar pintas,” katanya.

Justeru, sebagai penyelesaian jangka panjang, Mohd Yaakob berkata, SESB kini sedang giat menaiktaraf talian konduktor tidak bertebat ini kepada jenis yang bertebat dan inisiatif ini menelan kos jutaan ringgit dan memerlukan sedikit masa untuk dilaksanakan secara bersasar dan berperingkat.

“Selain itu, sebagai langkah penyelesaian jangka pendek, SESB telah menambahbaik pengurusan rentis dengan memperkenalkan konsep penjagaan konsesi yang memberikan tumpuan kepada kawasan-kawasan yang sering terkesan dengan gangguan bekalan elektrik seperti di kawasan Tuaran, Keningau, Kota Marudu dan Ranau.

“SESB juga sedang menilai konsep lain seperti penubuhan pasukan bertindak khas untuk menyelesaikan isu rentis di kawasan-kawasan yang mempunyai cabaran-cabaran yang unik dan tersendiri,” katanya.

Sehubungan dengan itu, bagi merealisasikan usaha-usaha ini, Mohd Yaakob berkata, SESB dengan sokongan Pasukan Petugas Khas melibatkan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dan Suruhanjaya Tenaga telah memperuntukkan RM128 juta sehingga tahun 2025 khusus untuk penggantian konduktor tidak bertebat dan RM170 juta sehingga tahun 2025 untuk pengurusan rentis, pemasangan peralatan pencegahan gangguan binatang dan peralatan pelindung kilat.

“Melalui pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini, SESB menyasarkan pengurangan antara 30 peratus hingga 50 peratus menjelang tahun 2025 bagi gangguan yang melibatkan konduktor tidak bertebat ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya