HomeUtamaKerajaan Cari Langkah Terbaik Bantu Mangsa Kebakaran Di Tawau

Kerajaan Cari Langkah Terbaik Bantu Mangsa Kebakaran Di Tawau

Read Time:38 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah akan mengambil dan mencari langkah yang terbaik bagi membantu mangsa-mangsa kebakaran yang berlaku di perkampungan atas air Kurnia Jaya Jalan Apas Tawau petang semalam.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata,  jabatan dan agensi berwajib telah diarahkan bagi membantu mangsa-mangsa yang terkesan dengan kejadian berkenaan.

“Kerajaan negeri akan mencari jalan bagi membantu mangsa-mangsa kebakaran yang berlaku di Tawau itu.

“Kita telah arahkan Jabatan Kebajikan dan juga Majlis Perbandaran Tawau (MPT) untuk mengambil tindakan atau langkah-langkah serta bantuan awal kepada mangsa-mangsa kebakaran,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Penaja Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di sini hari ini.

Semalam, dianggarkan sebanyak 700 buah rumah musnah melibatkan seramai 1,338 mangsa dikenalpasti terlibat dalam kejadian berkenaan.

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Abidin Madingkir sertai Gagasan Rakyat, 30 bekas AJK STAR Paginatan ikut...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular